ASAL-USUL NAMA DENMARK
Uncategorized No Comments »Maka tersebutlah kisah, setelah berjaya membuka satu kawasan baru di
tengah benua eropah yang ditanam dengan kelapa sawit dan diberi pula
nama baru yang bernama PALONG 1 (sekarang dikenali sebagai POLAND),
maka
belayarlah 2 orang pelayar berpengalaman dari Negeri Sembilan ke sebuah
lagi tempat di benua eropah tersebut. Seorang bernama Seman dan seorang
lagi bernama Kahar. Menurut sejarah yang tak tertulis dalam buku
sejarah
pelayaran dunia, inilah 2 org pertama yang berjaya belayar ke
mengelilingi dunia bukannya Marco Polo. Masa diorang ni sampai ker
PALONG 1 (Poland), si Polo tu baru jer belajar ikat tali sauh…
Setelah tiba di tempat yang tak bernama tu, Seman dan Kahar berasa
hairan dengan keadaan tempat tu. Tempatnya cantik, namun sayang sebab
kawasannya sunyi sepi tak berpenghuni. lalu berkatalah Kahar pada
Seman,
"Soman, den raso la, kalau tompek ni kito buek pelabuhan cantik jugak
kan. dah tu kito bolo lombu, kobau, kambing, ruso. kito jual dokek
sesapo yang lalu kek pelabuhan kito ni nanti. Susu lombu tu plak memang
elok kito eksport ko seluruh dunio. Camno Man?? cantik tak idea den?".
Seman tanpa byk membantah mengiakan sahaja cadangan si kahar yang
bergeliga itu. Untuk makluman semua, si Kahar ni memang pandai sikit
dari Seman sebab dia skolah omputih kat Sg. Ujong (skrg ni Seremban).
Si
Seman ni pulak, haram tak sekolah pun. Tapi bab keje, memang hebat dari
Kahar.
3 purnama telah berlalu, dan siaplah sudah akhirnya pelabuhan yang
diidamkan oleh Kahar dan Seman. Pelabuhan tu memang cantik dan dibina
berbekalkan bekalan kayu dan buruh dari Negeri Sembilan. Maka
terbentuklah satu lagi komuniti Negeri Sembilan di tengah2 benua eropah
selepas PALONG 1. Ketika itu tempat tersebut belum diberi nama lagi.
Malah tidak terlintas di fikiran Kahar dan Seman dan juga pendatang2
baru dari Negeri Sembilan yang menetap di tempat tersebut untuk
memberikan nama baru di kawasan mereka. Mungkin kerana terlalu sibuk
bekerja membangunkan pelabuhan yang baru siap dibina. Tambahan pula
mereka juga sibuk mengusahakan ladang2 ternakan untuk dijadikan
barangan
eksport ke negara2 lain di seluruh dunia. Khabarnya di situlah
terdapatnya ladang ternakan yang terbesar di eropah (Hebat jugak orang
Negeri Sembilan ni yer)
Tiba-tiba pada suatu hari, selepas selesai bersarapan pagi, terdengar
lah seluruh komuniti tersebut bunyi dentuman meriam yang kuat dari
tengah laut. maka berpusulah mereka ke pelabuhan dan terlihatlah oleh
mereka satu armada perang Portugis ditengah lautan. Oleh kerana jumlah
dentuman meriam tersebut cuma tujuh kali sahaja, lega hati penduduk2 di
situ kerana kalau 7 kali meriam di tembak, itu maknanya mereka bukan
nak
perang. klu nak perang pun mungkin lepas tu kot. namun begitu, Seman
dan
Kahar berasa tidak tenang kerana mereka dah maklum perangai mat2 saleh
ni. klu tgk tempat tu best jer, habis nak ditawannya.
20 minit lepas tu datang lah 1 perahu utusan askar Portugis ke
pelabuhan. Alangkah terkejutnya Seman dan Kahar apabila utusan Portugis
itu dengan tak tau malunya menyatakan mereka mahu mengambil alih
pelabuhan tersebut dari orang2 Negeri Sembilan. Dengan hati yang penuh
menyirap Kahar pun berkata, "ambik alih palo habah kau, den yang bukak
tompek ni, den yang majukan tompek ni, sonang2 ongah kau jo nak ambik
alih. Skolah omputeh mano kau blaja. Den tak kiro. Den takkan bagi
sonang2 kek kau. Ekau kobakan kek tok ketuo kau tu, den takkan bagi.
apo
nak jadi, jadilah". Utusan potugis tu hanya terkebil2 sahaja mendengar
kata2 Kahar. Namun mereka faham, jawapan yang diberikan adalah negatif.
Lalu berangkatlah mereka pulang ke kapal perang mereka di tengah laut.
Selepas mendengar jawapan yang diberi oleh Kahar yang disampaikan oleh
utusannya, maka beranglah jadi si komander armada perang Portugis itu
iaitu Lopez de’ Squera. tanpa berlengah masa lagi, si Squera ni
mengarahkan angkatan perangnya membedil pelabuhan tersebut. Apakan daya
bagi orang2 Negeri Sembilan di situ. Mereka hanya mampu melihat sahaja
pelabuhan tersebut dibedil tanpa dapat melawan sebab satu kelengakapan
perang pun mereka takder. Tukul nak buat perahu ada la. Lalu si Seman
pun mengambil kain cadarnya yg berwarna putih dan mengibarkan cadar
tersebut sebagai tanda serah kalah. Melihat sahaja tanda serah kalah
dikibarkan, tersenyum giranglah si Squera kerana hajat beliau dah jadi
kenyataan. Dengan berbekalkan 50 buah perahu, beliau dan askar2nya
meninggalkan kapal perang mereka dan terus menuju ke pantai.
Setibanya di pantai, dengan penuh keangkuhan dan kebongkakannya, si
Squera ni tadi terus berjumpa dengan Kahar lalu berkata "I don’t care
what u want to say. What I want is, I want u take all your people out
of
this land. From now on, this place is mine. I know, all of you have
open
this place. So what??? I’m Portugese. I can do anything I want. Any
objection will face to death." kata Squera. Kahar yang memahami kata2
Squera ternyata tidak mampu berbuat apa2. Begitu juga dengan Seman dan
penduduk2 yang lain. Dengan berat hatinya mereka pun mengemas barang2
masing2 untuk meninggalkan tempat tersebut dengan hati yang berat.
Ternakan yang telah mereka usahakan terpaksa ditinggalkan begitu
sahaja.
Sebelum meninggalkan pelabuhan tersebut, berkatalah si Kahar kepada
Squera "takpo la ekau buek den ngan orang den macam ni. Tapi ingat yo,
memang DEN MARK muko kau dalam palo den nih. Den jumpo muko kau kek
mano2 memang den semolih leher kau nanti. DEN MARK muko. Siap kau. DEN
MARK muko kau. DEN MARK muko kau. DEN MARK…DEN MARK…DEN MARKKKKKKK
!!!!!!!" jerit Kahar sekuat-kuat hatinya. Squera hanya tersenyum
sahaja.
Ye la, senang2 je dapat pelabuhan free takyah bayar. Squera bertanya
kepada pembantunya, Luis Figo, "Figo, don’t u understand what the hell
this man talking about". Figo pun menjawab, " I don’t know sir. Maybe
he
tell us the name of this place. What I heard just now, he said DEN
MARK.
maybe this place is called DENMARK sir" kata Figo. Squera pun berkata,
"
yes i heard that. So, as an honuored to the people that have opened
this
place, we still call this place DENMARK. Gentlement, this is DENMARK,
the other territory of our beloved PORTUGAL". Lalu bersorak gumbira lah
askar2 portugis yang lain dan disambut juga dengan tembakan meriam 30
dan dari kapal2 perang mereka. Manakala orang2 Negeri Sembilan itu
hanya
mampu melihat dari jauh sahaja kejatuhan pelabuhan yang mereka bina
dengan penat lelah mereka sendiri.
Khabarnya, selepas kejayaan tersebut orang2 portugis pimpinan Lopez De
Squera telah belayar ke Melaka dan berjaya menawan Melaka akibat
masalah
komunikasi antara panglima perang Melaka dari Negeri Sembilan dan
askar-askar Melaka. Manakala Kahar dan Seman serta orang2nya telah
pulang ke Negeri Sembilan dan memulakan hidup baru di Kampung Talang,
Tanjung Ipoh. Denmark pula sekarang ni telah menjadi sebuah negara
pengeksport produk tenusu terbesar di dunia. Namun apa yang tidak
ditulis oleh sejarawan Denmark dalam buku sejarah negara mereka ialah
mereka tidak menyatakan bahawa orang Negeri Sembilan lah yang
sebenarnya
membuka negara mereka bukannya orang Portugis dan binatang2 ternakan di
negara mereka sebenarnya berasal dari baka-baka lembu, kerbau dan
kambing dari Gemas, N. Sembilan. Sebab itulah kerajaan N.Sembilan telah
membuka Lembah Daging (Beef Valley) di Gemas sebagai penghargaan kepada
mereka2 yang berjaya membiakkan baka2 tersebut di Denmark pada zaman
dahulu…..
p/s; cerita ini rekaan sahaja. cuma sekadar hiburan semata-mata…
