Makna Soalan Perempuan

Weblogs No Comments »

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak
pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini,
yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak
masak, basuh
kain-baju
lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas
tu, tolong basuh
kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan
saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham
ke?

7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you.
You baik,memahami
bla
bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat
kat you a. Rasa
macam
nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan
awek you yang
dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani
sangat, sebut la nama
dia
depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi
kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih,
hangpa dua ekoq
gak
yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang
betul you nak kahwin
lagi
satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap
jujur dan berlaku
adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke
tak adil, aku tak
kira!
Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku.
Kalau tak
percaya,

cuba

tanya isteri atau awek masing-masing, betul tak
cakap di mulut tak
sama
dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni tak
jujur dalam
meluahkan
isi hati mereka tapi, maklum la, kaum perempuan ni

kan

pemalu.

Kekayaan, Kejayaan atau Kasih Sayang

Uncategorized No Comments »

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga
orang
lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk
dihalaman
rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya
tidak
fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti
sedang
lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu. "Adakah suami awak
ada
dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya
telah
keluar." "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab. Sewaktu
suaminya
pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian
tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput
mereka masuk kedalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke
dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua
itu
pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk
ke
arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang
seorang
lagi, "Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan
berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang
kamu
ingin jemput kedalam rumah." Wanita itu pun masuk semula kedalam dan
memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk.
Biar
dia
masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!" Isterinya tidak
bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan,
menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu
sudut
rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya:
"Bukankah
lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti
akan
diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada
isterinya. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita
itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu
diantara
kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki
yang
lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya
kepada Kekayaan dan Kejayaan: "Saya cuma menjemput Kasih Sayang,
mengapa
kamu juga ikut sekali?" Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput
samada
Kekayaan atau Kejayaan,yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana
awak
telah menjemput KasihSayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan
pergi
bersamanya. Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan
Kejayaan!"

"di mana ada kasih sayang KERANA ALLAH DAN RASUL-NYA, di situlah ada
kekayaan dan kejayaan."

"di mana ada kasih sayang yang berlandaskan syara’, maka di situlah ada
kekayaan (pahala) dan kejayaan (perjuangan), sebaliknya di mana ada
kasih
sayang yang mengenepikan syara’, maka di situlah ada kemiskinan (pahala
terhakis) dan kekalahan (kepada nafsu sebesar2 musuh pejuang Islam -
ingat
pesan Umar kepada Saad abil-Waqas.")

wassalam


Theme & Icons by N.Design Studio.
Entries RSS Comments RSS Log in