jodoh n perkahwinan

Kisah2 teladan hari ini, Renungan No Comments »

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yg tidak beriman dan tidak bertanggungjawab kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubunga kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya Mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat,akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

***********************************
Allah menciptakan smua di alam ini berpasangan.kiri kanan, atas bawah, terang gelap,wanita lelaki, baik buruk….alangkah indah nya jika yg baik mendpt yg baik tp bagaimana yang buruk…apakah selamanya buruk…akan lebih indah lagi jika yang baik akan menutupi yang buruk.. yg penting kita terima seadanya.. belajar untuk berubah dan mengubah utk kebahagian.

- nukilan dr seorang TEMAN & ditujukan kepada TEMAN-TEMAN

part-time job - menulis artikel sahaja!!

Job  Tagged No Comments »

salam semua,

aku memerlukan beberapa org penulis separuh masa yg boleh hantar artikel pendek dalam BI secara berterusan setiap hari.

kriteria artikel
-ditulis sepenuhnya dlm bahasa inggeris
-minimum 500 patah perkataan
-topik bebas (boleh req topic dr aku kalau taknak pikir banyak)

pembayaran imbuhan/gaji/upah aku bg setiap hari isnin. boleh guna transfer cimb/mbb/ambank punya akaun..

artikel2 tersebut akan aku publish di dalam web/blog aku yg banyak tu..

target pembaca adalah dr negara2 luar europe/usa dan lain2…

aku terima short story/poem,review,tips atau ape saje artikel..

setiap artikel yg dihantar akan aku check ke”ORIGINAL”annya menggunakan beberapa software dan web yg dalam koleksi aku.

if berminat boleh add YM aku utk dapatkan info selanjutnya

YM : afbizz@yahoo.com

“happy writing”

Apa Dah Jadi MB Nizar, Dah Setengah Tahun Memerintah?

Renungan No Comments »

Masa terus berlalu, dalam diam kini telah lebih setengah tahun MB Nizar duduk sebagai MB Perak, sehingga kini masih tidak kelihatan sebarang dasar yang kukuh untuk memajukan Negeri Perak. MB Nizar masih dibuai mimpi indah, masih terkejut beruk tak sangka dilantik sebagai Menteri Besar Perak. Sehingga kini masih tiada dasar yang dilulus atau dicadangkan oleh MB Nizar untuk merealisasikan Kerajaan Berkebajikan seperti yang dicanang diserata pelusuk kampung sepanjang pilihanraya ke-12.

Sehingga kini rakyat Perak masih menunggu dan terus menunggu apakah perancangan atau dasar yang ingin di lakukan oleh MB Nizar untuk membantu mereka. Jangan sampai rakyat semakin bosan menunggu, umpama menunggu buah yang tak gugur-gugur. Mungkin tak lama lagi Dewan Undangan Negeri Perak akan bersidang, jika sebelum ini MB Nizar dibelasah teruk dengan soalan-soalan oleh Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN), takkan sesi kali ini juga nak kena bantai sekali lagi kot…
Sesi kali ini sudah pasti berkisar mengenai Bajet Negeri, adakah semakin kembang kantung kerajaan negeri atau semakin menguncup? Persidangan kali ini sudah pasti amat menarik untuk kita dengari, tetapi umpama igauan ngeri buat MB Nizar. Cukup-cukuplah berceramah, tazkirah dan sebagainya disana-sini. Ulama Pas kat Perak dah ramai, tak perlu sibuk-sibuk ganggu kerja mereka, nanti mereka dah takder kerja sebab semua MB Nizar nak bolot, kecualilah tokoh-tokoh Agama ini diberikan peluang untuk menjadi MB sekejap sementara MB Nizar pergi ceramah, tak logik bukan, begitulah tak logiknya seorang Menteri Besar lebih sibuk berceramah dari mentadbir negeri.
Lagipun mengikut cerita kawan-kawan, majlis Tazkirah MB Nizar di Taman Meru telah diboikot oleh Jemaah di Taman Meru. Dikatakan majoriti jemaah di Masjid Taman Meru meninggalkan masjid apabila mendapat tahu MB Nizar akan memberikan Tazkirah. MB Nizar dah salah gelanggang, Penduduk Taman Meru tak suka seorang MB yang memberikan Tazkirah macam ceramah politik, penduduk Taman Meru bukan cikai, ramai yang “educated”, Engineer, Bekas Ketua Pengarah, Bekas Pengarah, Bekas Ketua Jabatan, Pegawai Kanan Kerajaan GLC, Anak Syarikat Kerajaan Negeri dan sebagainya, ramai yang tinggal di Kawasan Taman Meru. Mereka semua pengundi Parlimen Tambun. Semua berfikiran global, mereka tahu membezakan MB yang hanya suka bercakap dengan MB yang tahu buat kerja. Mereka sudah tentu mahu MB yang berusaha untuk memakmurkan negeri, bukan sudah lah bercakap pun tak pandai, kerja pun malas! Last-last kena boikot…. hahaha… sendiri kena ingatlah MB Nizar.
Berbalik kepada persediaan untuk bajet negeri ini, MB Nizar harus bijak menilai adakah segala dasar atau perancangan yang akan beliau ketengahkan dalam sidang seterusnya benar-benar menyentuh dan memberikan kebaikan kepada seluruh penduduk Negeri Perak? Dalam kelembapan ekonomi dunia diakibatkan krisis gadai janji subprima di Amerika Syarikat dan kenaikan mendadak harga minyak mentah dunia, sebenarnya menguji kecekapan MB Nizar untuk membawa keluar ‘Ekonomi Negeri’ dari kemelut ini. Kesan secara tidak langsung dari krisis ini sudah tentu menjejaskan pelaburan syarikat luar ke negeri Perak, peningkatan harga bahan mentah dan harga barangan keperluan harian pengguna sudah tentu memberi kesan langsung kepada penduduk Perak. Adakah MB Nizar akan terus bersikap dungu, bahlol, tolol dan bengap dalam situasi Rakyat Perak sedang menanti kebijaksanaan kerajaan beliau? Adakah kes rasuah yang membelenggu pemerintahan beliau ini akan dapat dibendung?
Adalah persidangan dewan kali ini akan penuh berisi dan memberi kebaikan kepada rakyat atau hanya sekadar omongan kosong dan janji-janji palsu yang hanya layak ditong sampahkan. Apakah bezanya dasar Negara Berkebajikan MB Nizar dengan Dasar-dasar yang telah diamalkan oleh Kerajaan terdahulu? Adakah dasar Negara Berkebajikan MB Nizar saling tak tumpah dengan Dasar yang menjadi amalan pemerintah terdahulu? Kalau nak menjadi pempalagiat, jadilah yang ‘gentlement’. MB Nizar perlu sedar, sekali air bah, sekali pantai berubah. Pemikiran rakyat kini sudah jauh berubah, jangan dilihat dari sudut minat untuk menukar kerajaan semata, Rakyat kini tidak memerlukan ketua, Rakyat memerlukan PEMIMPIN yang baik. Pemimpin yang baik kurang bercakap tetapi hebat bekerja untuk menjaga kebajikan rakyat. Cukup-cukuplah tindakan-tindakan dan dasar-dasar bodoh kamu yang menjurus kearah menyemai sentimen yang tidak perlu kepada rakyat.

MB Nizar! rakyat memerlu dan menantikan nilai kepimpinan yang baik dari kamu, jangan sampai Rakyat Perak mula tertanya-tanya: Apa Dah Jadi MB Nizar, Dah Setengah Tahun Memerintah?

perakbangkit.blogspot.com


Theme & Icons by N.Design Studio.
Entries RSS Comments RSS Log in