Apa Dah Jadi MB Nizar, Dah Setengah Tahun Memerintah?
Renungan October 6th, 2008Masa terus berlalu, dalam diam kini telah lebih setengah tahun MB Nizar duduk sebagai MB Perak, sehingga kini masih tidak kelihatan sebarang dasar yang kukuh untuk memajukan Negeri Perak. MB Nizar masih dibuai mimpi indah, masih terkejut beruk tak sangka dilantik sebagai Menteri Besar Perak. Sehingga kini masih tiada dasar yang dilulus atau dicadangkan oleh MB Nizar untuk merealisasikan Kerajaan Berkebajikan seperti yang dicanang diserata pelusuk kampung sepanjang pilihanraya ke-12.
Sehingga kini rakyat Perak masih menunggu dan terus menunggu apakah perancangan atau dasar yang ingin di lakukan oleh MB Nizar untuk membantu mereka. Jangan sampai rakyat semakin bosan menunggu, umpama menunggu buah yang tak gugur-gugur. Mungkin tak lama lagi Dewan Undangan Negeri Perak akan bersidang, jika sebelum ini MB Nizar dibelasah teruk dengan soalan-soalan oleh Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN), takkan sesi kali ini juga nak kena bantai sekali lagi kot…
Sesi kali ini sudah pasti berkisar mengenai Bajet Negeri, adakah semakin kembang kantung kerajaan negeri atau semakin menguncup? Persidangan kali ini sudah pasti amat menarik untuk kita dengari, tetapi umpama igauan ngeri buat MB Nizar. Cukup-cukuplah berceramah, tazkirah dan sebagainya disana-sini. Ulama Pas kat Perak dah ramai, tak perlu sibuk-sibuk ganggu kerja mereka, nanti mereka dah takder kerja sebab semua MB Nizar nak bolot, kecualilah tokoh-tokoh Agama ini diberikan peluang untuk menjadi MB sekejap sementara MB Nizar pergi ceramah, tak logik bukan, begitulah tak logiknya seorang Menteri Besar lebih sibuk berceramah dari mentadbir negeri.
Lagipun mengikut cerita kawan-kawan, majlis Tazkirah MB Nizar di Taman Meru telah diboikot oleh Jemaah di Taman Meru. Dikatakan majoriti jemaah di Masjid Taman Meru meninggalkan masjid apabila mendapat tahu MB Nizar akan memberikan Tazkirah. MB Nizar dah salah gelanggang, Penduduk Taman Meru tak suka seorang MB yang memberikan Tazkirah macam ceramah politik, penduduk Taman Meru bukan cikai, ramai yang “educated”, Engineer, Bekas Ketua Pengarah, Bekas Pengarah, Bekas Ketua Jabatan, Pegawai Kanan Kerajaan GLC, Anak Syarikat Kerajaan Negeri dan sebagainya, ramai yang tinggal di Kawasan Taman Meru. Mereka semua pengundi Parlimen Tambun. Semua berfikiran global, mereka tahu membezakan MB yang hanya suka bercakap dengan MB yang tahu buat kerja. Mereka sudah tentu mahu MB yang berusaha untuk memakmurkan negeri, bukan sudah lah bercakap pun tak pandai, kerja pun malas! Last-last kena boikot…. hahaha… sendiri kena ingatlah MB Nizar.
Berbalik kepada persediaan untuk bajet negeri ini, MB Nizar harus bijak menilai adakah segala dasar atau perancangan yang akan beliau ketengahkan dalam sidang seterusnya benar-benar menyentuh dan memberikan kebaikan kepada seluruh penduduk Negeri Perak? Dalam kelembapan ekonomi dunia diakibatkan krisis gadai janji subprima di Amerika Syarikat dan kenaikan mendadak harga minyak mentah dunia, sebenarnya menguji kecekapan MB Nizar untuk membawa keluar ‘Ekonomi Negeri’ dari kemelut ini. Kesan secara tidak langsung dari krisis ini sudah tentu menjejaskan pelaburan syarikat luar ke negeri Perak, peningkatan harga bahan mentah dan harga barangan keperluan harian pengguna sudah tentu memberi kesan langsung kepada penduduk Perak. Adakah MB Nizar akan terus bersikap dungu, bahlol, tolol dan bengap dalam situasi Rakyat Perak sedang menanti kebijaksanaan kerajaan beliau? Adakah kes rasuah yang membelenggu pemerintahan beliau ini akan dapat dibendung?
Adalah persidangan dewan kali ini akan penuh berisi dan memberi kebaikan kepada rakyat atau hanya sekadar omongan kosong dan janji-janji palsu yang hanya layak ditong sampahkan. Apakah bezanya dasar Negara Berkebajikan MB Nizar dengan Dasar-dasar yang telah diamalkan oleh Kerajaan terdahulu? Adakah dasar Negara Berkebajikan MB Nizar saling tak tumpah dengan Dasar yang menjadi amalan pemerintah terdahulu? Kalau nak menjadi pempalagiat, jadilah yang ‘gentlement’. MB Nizar perlu sedar, sekali air bah, sekali pantai berubah. Pemikiran rakyat kini sudah jauh berubah, jangan dilihat dari sudut minat untuk menukar kerajaan semata, Rakyat kini tidak memerlukan ketua, Rakyat memerlukan PEMIMPIN yang baik. Pemimpin yang baik kurang bercakap tetapi hebat bekerja untuk menjaga kebajikan rakyat. Cukup-cukuplah tindakan-tindakan dan dasar-dasar bodoh kamu yang menjurus kearah menyemai sentimen yang tidak perlu kepada rakyat.
MB Nizar! rakyat memerlu dan menantikan nilai kepimpinan yang baik dari kamu, jangan sampai Rakyat Perak mula tertanya-tanya: Apa Dah Jadi MB Nizar, Dah Setengah Tahun Memerintah?
perakbangkit.blogspot.com
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
